A Day With A Sad Life
Assalamualaikum ! Dah bace tajuk tu kan ? Syahirah harini "not in good mood" sebenarnya . Why ? Sabar lah , Syahirah nak cerita lah ni . Ex Syahirah nak pindah vokay slim river . Siapa ex Syahirah ? Razlan lahh , cinta permata hati Syahirah yang paling Syahirah setia tetapi diakhiri begitu sahaja . Dia lah yang paling Syahirah sayang dunia akhirat tau tak ? Walau die ex Syahirah , tetapi sepatah ayat mencaci dekat dia tak mungkin Syahirah luahkan , sebab dia pernah buat Syahirah bagaikan orang yang paling bertuah kat dunia ni . Eh , terlebih feeling pulak Syahirah , tak fasal-2 tangkap leleh kat sini :') Ye , die nak pindah vokay . Kalau korang bace kat twitter Syahirah kebanyakkannya ditujukan kat die , kakak-2 yang sekelas dengan die semua cakap suruh Syahirah bersabar , redha . Syahirah redha dan sabar setakat yang mampu . Tetapi kalau hilang perasaan terhadap lan ? Tidak semudah yang disangka , Syahirah akan tetap menyayangi lan sehingga akhir hayat Syahirah . Tetapi kalau die dah ade pengganti kat vokay ? Pelahan lahan hati ini jauh darinya . Syahirah cari pengganti ? Tidak sama sekali . Tak terbuka lagi hati untuk menerima seseorang yang mampu membawa cinta ini ke jinjang pelamin . Haa , tengok , kan dah keluar ayat jiwang . Haish , ni lah akibatnya kalau melayan perasaan sangat . Yang dah lepas tuh lepas lah . Yang pahit ditinggalkan , yang manis diingatkan . Dan pengalaman yang kita dah hadapi itu boleh mematangkan kita . Eh jap , ni dah luar topik dah ni . Bercampur aduk jadinya :3 Ohh , yeah , pasal lan . Hmm , malas difikirkan lagi . Boleh menyakitkan hati rasanya . Lagi satu kat sekolah time tengah belajar agama Islam . Syahirah ade kawan baik yang bernama Farisha , Syahirah suke kongsi cerita dengan dia . Then dia ade cerita kat Syahirah pasal lan , die ade cakap yang abang die bagitau Syahirah yang lan dah syok kat seorang budak nih time die pergi trolak dan time jugak Syahirah still dengan lan . Dan time tuh jugak Syahirah terpinga-pinga dan sakit nya hati ini hanya Allah S.W.T saja yang mengetahui dan farisha ade cerita yang die ade mimpi bukan-2 . Maksud die , die rase die tak akan lama didunia ni . Icha ! Ape yang kau merepek ni ? Jangan fikir bukan2 lah :/ dan pada masa yang sama kita dua orang nangis . Syahirah tak boleh bayangkan hidup tanpa farisha . Memang tak boleh terima . Yang lain semua tengok . Tapi kiteorang tutup guna buku . Wahai farisha , janganlah fikir macam tu sekali , Syahirah takut . Ya Allah , jangan lah kau tarik nyawanya lagi . Hmm :/ Setakat tu je lah Syahirah nak cerita , lagipun Syahirah nak packing barang nak pergi Klang esok . Assalamualaikum !
0 comment[s] | back to top |